top of page

Kawalan harga musim perayaan hanya 8 hari tidak berkesan - Saifuddin Nasution


Langkah kerajaan mengumumkan harga kawalan musim perayaan selama lapan hari sebelum hari raya Aidilfitri dianggap sudah terlambat dan tidak akan berkesan, kata Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.


Beliau yang merupakan mantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menganggap rakyat sudah pun terbeban dengan harga yang melambung tinggi akibat kegagalan kerajaan untuk bertindak lebih pantas bagi mengawal harga barang di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP).


"Pada musim-musim perayaan, permintaan terhadap barangan utama pengguna meningkat. Ketika inilah peniaga yang tidak beretika akan naikkan harga. Rakyat akan terbeban dengan harga yang tinggi.


"Maka kuatkuasa AKHAP menjadi penting. Tahun lepas, saya perkenalkan 30 hari kawalan harga untuk hari raya puasa. Hasilnya harga ayam, harga telur, harga bawang dan lain-lain umumnya terkawal.


"Tahun ini, kawalan harga hari raya dibuat 8 hari sehingga 27 Mei. Saya percaya tempoh singkat ini kurang berkesan. Saya kurang pasti apa rasional disingkatkan 30 hari kepada 8 hari!" katanya menerusi akaun Facebook rasminya.


Sepanjang dua minggu ini negara menyaksikan siri kenaikan harga daging dan sayur-sayuran.


Di Kota Bahru, Harga ayam yang dahulunya RM3/kg sekarang naik sehingga RM7/kg.


Di Kedah, harga sayur seperti cili, tomato, kacang buncis dan daun sup naik antara RM1 hingga RM3/kg.


Kenaikan yang sama turut dikesan di Perak dan Selangor.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page