top of page

Apa PMX umumkan : Reformasi institusi, bantuan rakyat SARA, STR

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read
ree

Oleh: Helmi Foad


Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) memulakan pentadbirannya tahun ini dengan penekanan terhadap reformasi institusi, pengukuhan tadbir urus dan peluasan perlindungan sosial, menandakan fasa baharu dalam agenda pembaharuan negara selepas tiga tahun pemerintahan Kerajaan Perpaduan.


Perdana Menteri menggariskan beberapa langkah reformasi struktur paling signifikan dalam sejarah pentadbiran moden Malaysia bagi menutup ruang penyalahgunaan kuasa, meningkatkan akauntabiliti dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.


Antara reformasi utama yang dijadual dibentangkan di Parlimen tahun ini ialah pemisahan kuasa Pendakwa Raya dan Peguam Negara bagi mengelakkan konflik kepentingan dalam pendakwaan.


Selain itu, had tempoh jawatan Perdana Menteri ditetapkan kepada maksimum 10 tahun atau dua penggal selain penubuhan Ombudsman, sebuah institusi akauntabiliti awam bagi rakyat menyoal tindakan kerajaan tanpa pengecualian


Kerajaan juga akan membentangkan Akta Kebebasan Maklumat (FOI) bagi memastikan ketelusan dalam tender, kontrak dan perbelanjaan awam dengan pengecualian terhad kepada keselamatan negara


Menurut Anwar, reformasi ini bukan bersifat kosmetik tetapi menyentuh “teras kuasa” yang selama ini menjadi punca kebejatan sistemik.


"Semua orang mesti tertakluk kepada pertanggungjawaban dari Perdana Menteri hingga ke pegawai paling bawah," katanya menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2026 di Putrajaya, semalam.


Anwar yang juga Menteri Kewangan menegaskan reformasi institusi mesti berjalan seiring dengan keadilan sosial dan perlindungan kos sara hidup.


Justeru itu, jelas beliau pelbagai bantuan berskala besar diteruskan dan diperluas pada tahun ini antaranya SARA bulanan sehingga RM200 (bermula 9 Januari)


  • STR Fasa 1 sehingga RM500 (20 Januari)


  • SARA RM100 one-off kepada 22 juta rakyat dewasa (9 Februari)


  • Bantuan awal persekolahan RM150 sehingga Tingkatan 6


  • RM200 juta untuk Sekolah Agama Rakyat & Maahad Tahfiz


  • RM80 juta SJKC, RM50 juta SJKT


  • Jualan Rahmah MADANI 23,000 lokasi seluruh negara


Kerajaan turut mengaitkan kenaikan gaji penjawat awam yang memakan kos RM18 bilion dengan tuntutan kecekapan, digitalisasi dan integriti yang lebih tinggi.


Kata Anwar perkara itu termasuk keperluan penggunaan AI dalam urusan rasmi dan pelaksanaan penuh sistem tanpa kertas.


Anwar menegaskan rakyat berhak menuntut perkhidmatan yang lebih pantas dan cekap sebagai pulangan kepada pelaburan besar kerajaan dalam sistem saraan.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page