Apa perkembangan kes rasuah libatkan Dr Xavier, SPRM perlu umum hasil siasatan - AMK


Kegilaan agen-agen kerajaan Perikatan Nasional (PN) menawarkan sogokan membeli wakil rakyat pembangkang mengusarkan rakyat.


Rakyat turut tertanya-tanya apakah ada pula selepas ini Ahli Parlimen yang diugut dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagaimana kronologi berpalingnya bekas pemimpin KEADILAN Dr Xavier Jayakumar beberapa bulan lalu.


Bagi Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Thiban Subbramaniam, SPRM perlu mengumumkan hasil siasatan ke atas pembantu Dr Xavier atau beliau sendiri selepas beberapa bulan ahli politik itu berpaling tadah, agar umum tidak mempunyai persepsi ahli politiki yang menyokong PN 'dibersihkan' daripada tuduhan.


"Pada 13 Mac lalu Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr. Xavier Jayakumar mengumumkan peletakkan jawatan beliau selaku Naib Presiden KEADILAN serta mengumumkan keluar dari parti. Beliau juga kemudiannya mengumumkan sokongan terhadap kerajaan

PN.


"Sebelum itu, pada Februari beliau disiasat oleh SPRM atas dakwaan rasuah. Namun sehingga hari ini SPRM masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung perkembangan siasatan kes terbabit.


"Umum mengetahui dalam situasi kerajaan yang tiada keabsahan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen, kita tidak menolak sebarang kemungkinan proses membeli Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokong kerajaan yang sudah kehilangan majoriti

berlangsung.


"Tanggapan umum bahawa pemimpin politik yang terlibat kes rasuah akan terus 'diikat' dengan dakwaan selagi masih menyokong kerajaan. Setakat ini kerajaan PN telah menggugurkan lebih 70 kes rasuah dan salahguna kuasa membabitkan Ahli Parlimen dalam BN dan PN," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Thiban lagi, SPRM sepatutnya lebih kerap berhubung dengan awam dan memaklumkan perkembangan hasil siasatan kes berkenaan bagi mengelak tanggapan negatif bahawa dakwaan rasuah boleh dikompromi jika seseorang ahli politik menyokong kerajaan PN.


"Tindakan SPRM yang mendiamkan diri dan tidak memaklumkan perkembangan siasatan ini boleh menjurus kepada defisit kepercayaan tentang kebebasan agensi itu.


"Adakah Xavier juga 'diikat' dengan kes beliau yang masih tergantung agar terus menyokong kerajaan PN dan Mahiaddin Yassin," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER