top of page

'Apa nak jadi kerajaan BN - PN telur pun tak ada'



Kerajaan BN - PN tidak layak lagi memerintah kerana tidak mampu menjaga kestabilan makanan asas rakyat.


Selepas kekurangan bekalan ayam kini bekalan telur pun merudum di pasaran.


Menurut mantan Timbalan Menteri Pertanian (MAFI), Sim Tze Tzin, kekurangan bekalan telur kebelakangan ini menjadi kronik akibat ketidakmampuan rakyat membeli ayam dan ikan yang relatif mahal, maka telur menjadi sumber protein utama.


Katanya mengikut laporan media, pasaraya utama seperti Mydin pun mengalami kekurangan bekalan sehingga 60%.


"Tinjaun saya dengan pembekal, memaklumkan mereka mengalami kekurangan sebanyak 30-40%. Tinjauan saya di pasar pula mendapati telur telah habis dijual sebelum tengahari.


"Telur merupakan sumber protein yang paling murah. Rakyat Malaysia secara purata memakan sebiji telur sehari bersamaan dengan 320 biji telur setahun. Kekurangan bekalan telur menunjukkan kegagalan kerajaan dalam memastikan sumber makanan terjamin.


"Faktor utama kekurangan bekalan adalah disebabkan oleh kegagalan Kerajaan memastikan bekalan mencukupi. Secara purata, Malaysia harus membekalkan 30 juta biji telur sehari ke pasaran.


"Menteri MAFI bertanggungjawab memastikan bekalan yang mencukupi, tetapi malangnya beliau gagal melaksanakan tanggungjawab tersebut. Beliau harus menjawab kepada rakyat mengapa gagal menjalankan tugas," katanya dalam sidang media semalam.


Tambah Ahli Parlimen Bayan Baru itu, kekurangan telur juga berlaku di ladang akibat kurangnya subsidi kerajaan kepada penternak ayam.


"Pemberian subsidi tidak mencukupi. Kerajaan telah menetapkan harga siling telur pintu ladang (ex-farm) pada 37 sen. Kos pengeluaran sebiji telur adalah 43 sen. Subsidi kerajaan hanya 3 sen. Penternak rugi 3 sen sebiji. Maka, penternak terpaksa mengurangkan bekalan untuk mengurangkan kerugian.


"Faktor ketiga ialah kegagalan fungsi Jawatankuasa Jihad Memerangi Inflasi. Jawatankuasa ada tiga tanggungjawab penting iaitu menetapkan harga siling, memperuntukan kewangan subsidi dan penyaluran subsidi dengan efisien kepada penternak.


"Selepas menetapkan harga siling, JK ini gagal memperuntukan jumlah subsidi yang mencukupi. Pemberian subsidi juga lewat sampai kerana proses permohonan subsidi penuh dengan karenah birokrasi. Akibatnya, penternak kurang kepercayaan dan keyakinan kepada jawatankuasa ini," katanya


Manakala faktor keempat, kata Timbalan Pengarah Strategi KEADILAN itu adalah kerana kegagalan kerajaan membantu penternak yang menyebabkan lebih 80 ladang ayam gulung tikar.


Katanya, dalam keadaan kekurangan bekalan kerajaan seharusnya cuba menyelamatkan ladang-ladang ayam supaya bekalan tidak terjejas.


"Kerajaan gagal menyelamatkan ladang-ladang tersebut. Tiada penternak, tiada makanan.


"Saya menyeru Menteri-menteri dalam Jawatankuasa Jihad Perangi Inflasi jangan asyik memikirkan pilihan raya. Mereka harus segera memanggil mesyuarat dan mencari penyelesaian kepada masalah kekurangan bekalan telur ini.


"32 juta rakyat Malaysia yang makan telur setiap hari, sedang memperhatikan prestasi mereka. Undi di tangan rakyat, menteri yang gagal akan kalah dalam pilihan raya," katanya lagi.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page