top of page

Apa faedah dewan di Pagoh berbanding hospital di Kapar? - Abdullah Sani



Kontroversi kelulusan segera pembinaan 3 dewan di Parlimen Pagoh yang diwakili Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin masih belum reda.


Terbaharu, Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid meluahkan kekesalan beliau apakah terlalu bernilai 3 buah dewan di Pagoh berbanding sebuah hospital di Kapar, yang diwakilinya.


Menurut Abdullah, peruntukan pembinaan hospital itu telah pun diluluskan ketika Pakatan Harapan berkuasa. Bagaimanapun projek tersebut 'senyap' serta tidak diketahui statusnya setelah kerajaan PH tumbang pada Februari tahun lalu.


"Fikiran saya keliru akan kesahihan berita tatkala tular sekeping gambar surat menyatakan Perdana Menteri meluluskan projek pembinaan dewan dengan nilai RM 35 juta di kawasan Parlimen Pagoh.


"Perasaan saya bercampur marah dan sedih setelah Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa peruntukan RM 35 juta itu adalah untuk pembinaan tiga buah dewan di Pagoh.


"Seawal saya dipilih mewakili rakyat Kapar, saya telah memperjuangkan isu kerosakan jalan raya, perlunya pembinaan sebuah hospital baharu dan bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di Kapar. Kesemua isu telah diangkat dan diluluskan peruntukannya oleh Kerajaan Pakatan Harapan di Dewan Rakyat dan sepatutnya dilaksana pada tahun 2020.


"Namun, pada Mac 2020 kerajaan telah dirampas oleh Perikatan Nasional dan ketiga-tiga projek ini senyap begitu sahaja. Saya juga telah menimbulkan perkara ini pada sidang Parlimen yang lalu namun tiada sebarang jawapan yang diberikan," kata Abdullah dalam satu kenyataan.


Oleh itu menurut beliau, PM Muhyiddin berhutang dengan penduduk Kapar berkenaan pembinaan hospital bagi kegunaan rakyat.


Muhyiddin kata Abdullah lagi, tidak boleh berselindung di sebalik proklamasi darurat untuk melakukan perkara-perkara yang merugikan rakyat atau hanya menguntungkan sebilangan kecil golongan elit.


"Perdana Menteri perlu jawab, apakah kepentingan meluluskan projek pembinaan 3 buah dewan dengan nilai RM 35 juta pada waktu darurat dilaksanakan?


"Bolehkah dikatakan sebenarnya Perdana Menteri dan kerajaannya sedang berpaut pada perlaksaan darurat demi menjamin kelangsungan kuasa?


"Perdana Menteri seharusnya memikirkan masalah rakyat dan bukannya tembolok sendiri," katanya lagi.


Pembinaan 3 dewan di Pagoh tular di media sosial. Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir kemudiannya bertanya adakah tender pembinaan diuruskan secara runding terus dan tidak melalui tender terbuka.


Meski pun dijawab oleh Pejabat PM namun masih ada beberapa persoalan yang mengelirukan dan tidak jelas berkenaan pembinaan dewan tersebut.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page