top of page

'Apa erti pendidikan kalau tidak pertahan kebenaran' - Anwar


Kes ancaman rogol ke atas serorang pelajar perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam yang mendedahkan gurauan melampau gurunya dan kemudian diancam 'gurauan' rogol oleh rakan sekelas mendapat perhatian Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam dialog bersama adik Ain secara siaran langsung Facebook yang dimoderatorkan kartunis terkenal Zunar, semalam, Anwar jelas mahukan sistem pendidikan negara diperbaikki untuk lebih menghormati maruah insan dan memastikan isu-isu intimidasi dianggap serius dan bukan gurauan biasa.


Menjawab soalan Ain apakah ada cara sistem pendidikan negara boleh melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri dan sahsiah, Anwar menekankan kepada peranan guru untuk mendengar dan menyiasat keluhan pelajar, bukan mengecam atau dibungkamkan.


"Kita dengar satu keluhan anak muda, rintihan (gurauan melampau guru), kita harus beri peluang (dengar kritikan) bukan kecam. Apatah lagi isu dibangkitkan itu besar, isu akhlak.


"Berfikiran kritis perlu dalam pendidikan. Kalau tidak boleh bicara, ditanam rasa takut dan diserang pula, saya rasa aneh. Seorang anak yang kita harus tunjuk kasih sayang, dia keluarkan satu pandangan, paling tidak kita ambil berat, dan ambil tindakan sewajarnya.


"Ini tugas Kementerian Pendidikan dan Kementerian Wanita. Beri peluang kepada Ain dedahkan dan kawan-kawan pula perlu mendukung pertahan kebenaran. Apa erti pendidikan kalau kita tidak pertahan kebenaran," kata Anwar.


Berbicara pengalaman ketika beliau menjadi Menteri Pendidikan pada era 1990an, Anwar menyatakan kementeriannya selalu mengutamakan kurus penerapan nilai-nilai Islam.


Hal itu menjawab soalan Ain apakah yang dilakukan sewaktu Anwar menjawat Menteri Pendidikan suatu ketika dahulu.


"Ada komplen mesti segera tangani. Saya ingat ada satu sekolah di Kuala Lumpur masa itu, saya beri kata dua, iika tidak selesai masalah dalam 2 minggu saya tutup sekolah.


"Bukanlah maksud nak tutup tetapi tunjuk serius. Saya turun ke sekolah itu, saya panggil semua guru dan pelajar datang dan guru besar ditukar serta merta kerana tidak ambil tindakan yang wajar. Itu menjadi mesej kepada semua sekolah," katanya.


Ain mencadangkan hal-hal memperlecehkan suara pelajar wajar dihentikan segera. Katanya, kes beliau mungkin selesai tetapi mungkin kes yang sama akan berlaku di sekolah lain


Anwar menjelaskan, nilai-nilai Islam sangat perlu diterapkan ke semua struktur pendidikan. Dan nilai itu bukan sekadar ritual tetapi tetapi kurang penekanan akhlak, etika tidak ada dan hanya mengambil pendekatan untuk menghukum orang.


"Nilai mulia patut disemai di kalangan pendidik supaya hal ini tidak berulang. Saya setuju dengan Ain ini bukan (kes) luar biasa (di Malaysia). Kadang kala ceramah agama juga diselit hal lucah. Kadang-kadang yang dengar itu anak-anak kecil.


"Dalam hal ini, satu latihan guru kemudian kesedaran pelajar. Pelajar mesti tahu mereka ada hak untuk komplen dan pertahan hak itu," katanya.


Mengenai kekecewaan Ain dan tohmahan kononnya beliau mempunyai agenda politik, Anwar tidak bersetuju dengan hal itu.


Menurut Anwar, suara Ain kini telah menyedarkan masyarakat dalam perkara yang sebelumnya dipandang remeh.


"Ada dua perkara. Pertama kesan itu positif kerana menyedarkan orang ramai tidak ada sesiapa terlepas daripada kerja-kerja yang rendah moral ini atau menghina pelajar


"Tetapi untuk kes khusus, tindakan harus diambil, pengetua mesti ambil tindakan, PPD mesti awasi tindakan mesti diambil.


"Kalau ada satu komplen dari anak-anak, kita kena siasat. Ini belum siasat dikatakan gurau senda, perkara kecil, hina guru-guru, tak betul.

"Kita hargai guru-guru. Tetapi kes khusus dibangkitkan mesti ada siasatan. Bagi saya ini kelemahan besar dalam sistem negara," katanya lagi.


Adik Ain baru-baru ini menggegar sistem pendidikan negara apabila memuatnaik melalui media sosial kritikannya kepada guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tetapi mengungkapkan isu-isu rogol di bawah umur yang menghadapi hukuman keras, dan bergurau mencadangkan 'merogol' gadis di atas 18 tahun.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page