top of page

Apa erti merdeka: Pemimpin bangsa kita, perangai sama seperti penjajah, mencuri - Anwar



Rakyat Malaysia perlu mendalami makna sebenar hari kemerdekaan dan Hari Malaysia yang diraikan pada setiap tahun.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, merdeka ertinya kebebasan rakyat daripada penindas dan pencuri.


Katanya, tidak ada makna merdeka jika penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris yang dihalau digantikan oleh bangsa sendiri yang perangainya sama, mencuri hasil rakyat.


"Apa ertinya merdeka, kata Burhanuddin Helmi seorang pejuang kebangsaan, merdeka bermula dengan darah dan air mata.


"Robohan kota Melaka diserang penjajah Portugis, dijajah oleh Belanda, Inggeris. Rompak kekayaan kita, bagi kepada raja raja mereka. Perkaya negara mereka, memiskinkan rakyat kita


"Kita tak ada suara, tak ada kebebasan. Kita tak boleh kendali negara, bahasa kita, agama kita tidak dapat dimartabatkan. Itu erti penjajahan.


"Sudah merdeka, untuk apa kita merdeka?


"Dulu Inggeris merompak, sudah merdeka orang Malaysia merompak. Dulu Inggeris jadi penjajah, curi harta kita dan sekarang diganti oleh orang sama kulit (dengan kita) tetapi kerjanya sama, rompak harta rakyat," kata Anwar dalam ceramah Sambutan Hari Malaysia Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung di Dataran Melang, Kuala Pilah, malam tadi.



Presiden KEADILAN itu berkata lagi, merdeka ertinya mengangkat martabat rakyat supaya menjadi lebih tinggi dengan akhlak, akidah dan amalan.


Hal itu, katanya tidak banyak disentuh oleh ahli politik Melayu biar pun dalam ceramah politik Islam


"Dia cakap hal yang boleh selamatkan diri dia saja.


"Kalau betul kita ini orang beragama, mahu mengangkat martabat sebagai manusia, bebaskanlah diri, negeri, rakyat dari segala bentuk penghambaan. Itu ertinya merdeka.


"Ini merdeka, hidup Melayu, tindas orang Melayu. Hidup Melayu, tanah orang Melayu sapu, balak hilang. Bangsat sungguh.


"(Peruntukan) tentera laut kamu sapu, tentara darat sapu. Tabung Haji sapu, projek anak anak miskin di Sarawak elektrik untuk sekolah kamu sapu, apa punya jenis manusia ini?


"Merdeka ertinya bebaskan rakyat, bukan bebas diri kamu," katanya lagi.


Anwar juga menempelak pemimpin BN dan PN yang masih menganggap rakyat tidak pandai berfikir dan boleh diperdaya dengan pemberian 'gula gula politik' menjelang pilihan raya untuk menyokong mereka.


"Kerana dia miskin, dia kita anggap bodoh. Bagi RM200 cium tangan. Apa beza dengan penjajah Inggeris?


"Kita buang Inggeris dari tanah air, kita mesti buang mereka dari pemerintahan dan pentadbiran kita," katanya disambut sorakan 5,000 hadirin di bawah pentas.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page