top of page

Apa boleh didebat, hanya 4 jam untuk 80 Ahli Parlimen - Prabakaran



Persidangan Parlimen sesi November - Disember 2020 terus kontroversi apabila memperuntukkan masa berdebat hanya 4 jam dan terhad kepada 80 Ahli Parlimen sahaja.


Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran mempertikaikan peraturan itu dan menyifatkannya sebagai tidak masuk akal.


Katanya, Ahli Parlimen tidak perlu ditakut-takutkan dengan penyebaran virus Covid 19 sekiranya mereka berada lebih lama dalam dewan sebagaimana alasan untuk memendekkan sesi sebelum ini.


"Dewan Rakyat sentiasa disanitasi sebelum persidangan, setiap Ahli Parlimen telah melalui swab test setiap 2 minggu sekali. Apa perbezaan di antara bersidang untuk 4 jam atau 8 jam?


"Mengikut penjelasan mantan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly di Parlimen, setiap kali seseorang yang dijangkiti virus Covid-19 batuk, mereka menghasilkan 3000 titisan (respiratory droplet) dan jika mereka bersin 30,000 titisan droplet bersama jutaan partikel virus akan disemburkan - menurut kajian Harvard Public Health Department.


"Jika perkara ini benar, apa perbezaan persidangan 4 jam dan persidangan 8 jam untuk membahaskan Belanjawan 2021? Belanjawan adalah suatu perkara yang amat penting dan perlu dibahaskan di dalam dewan.


"Sekiranya Ahli Parlimen tidak diberi peluang untuk membahaskan masalah negara atau masalah rakyat, ini merencatkan fungsi sesebuah Parlimen," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN Wilayah Persekutuan itu lagi, penjelasan menteri dengan membaca teks selama 20 minit tanpa perbahasan sebagaimana ditetapkan dalam peraturan baharu bukan prosedur Parlimen yang normal.


Katanya, setiap usul, jawapan dan penjelasan dari Ahli Parlimen harus diperbahaskan.


"Ini fungsi Parlimen yang sebenar.


"Setiap Ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab membawa isu Rakyat dan membahaskan segala perkara yang dibawa di dalam dewan.


"Hanya 80 Ahli Parlimen sahaja dibenarkan masuk, untuk hanya duduk dan mendengar pembacaan teks oleh Menteri? Ini tidak relevan dengan fungsi Parlimen yang sebenar," katanya lagi.


Semalam Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas peraturan baharu Parlimen berkenaan. Beliau menyindir lebih baik Ahli Parlimen duduk di rumah jika hanya datang untuk mendengar menteri membaca teks, yang boleh ditonton secara langsung di media.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page