Apa beza Sapura dan 1 juta PKS yang lebih memerlukan bantuan?



Serangan balas bekas Perdana Menteri Najib Razak ke atas kenyataan pemimpin pembangkang yang mendakwa beliau melobi untuk membantu kewangan syarikat Sapura Energy Berhad (Sapura) menimbulkan tanda tanya besar dalam kalangan rakyat.


Menurut Bendahari Agung KEADILAN, Lee Chean Chung, kenyataan balas Najib ke atas kenyataan beliau semalam misalnya telah menjelaskan niat sebenar Ahli Parlimen Pekan itu untuk menjadi hero korporat besar dan bukannya membela ekonomi rakyat jelata dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) seperti mana beliau nyatakan sebelum ini.


"Soalannya mudah saja, apakah sebenarnya kaitan sebuah syarikat swasta yang bernama Sapura Energy Berhad dengan jutaan rakyat jelata dan ratusan ribu PKS? Tiada.


"Tapi mengapa Najib menyibuk dengan idea songsang itu? Kemudian apabila sangkut dengan dakwaan saya (membela korporat besar), beliau cuba mengheret vendor dan pekerja-pekerja Sapura untuk menghalalkan pelobian beliau membantu korporat.


"Memang menjadi tanggungjawab kita semua untuk membantu pekerja dan PKS. Tapi Najib kata membantu Sapura bersamaan dengan bantu PKS. Ini satu lagi idea songsang," kata ADUN Semambu itu dalam satu kenyataan.


Tambah Chean Chung, mengikut statistik SMECorp, Malaysia ada sejumlah 1,226,494 PKS di seluruh negara dan sebahagiannya terkesan akibat pandemik Covid 19.


Katanya, jika kerajaan meminjamkan wang berbilion ringgit dalam menyelamatkan Sapura maka berapa banyakkah PKS yang boleh dibantu dengan jumlah kewangan sama.


"Berapa PKS yang boleh dibantu dengan menyelamatkan Sapura ini? Jika usahawan yang bangun waktu senja menjual nasi lemak, char koay teow dan thosai itu turut dibantu?


"Kalau logik ini terpakai, membantu Velesto Energy, Duopharma Biotech, MNRB Holdings dan ribuan korporat besar lain juga bersamaan dengan bantu PKS. Maka semua kena bantu.


"Let’s be clear. Banyak korporat diuruskan dengan cemerlang, tetapi Sapura tidak. Kalau harga minyak mencecah AS$100 setong pun tidak untung, maka jelas masalahnya lebih mendalam daripada apa yang Najib cuba gambarkan.


"Adakah kerajaan perlu menjadi hero setiap kali menggunakan duit rakyat apabila sesebuah syarikat rugi walaupun ianya berpunca daripada kesilapan keputusan korporat?" tanyanya.


Chean Chung juga terkejut kerana syarikat minyak dan gas seperti Sapura tidak mempunyai simpanan yang boleh digunakan dalam menghadapi pasaran yang tidak menentu sejak beberapa tahun lalu.


Katanya, syarikat besar biasanya mempunyai sejumlah simpanan yang boleh menampung kewangan syarikat apabila pasaran tidak memberansangkan.


"Lagipun, harga minyak sebagai komoditi akan sentiasa berubah-ubah dan tidak menentu. Syarikat yang diuruskan dengan baik akan menyediakan payung sebelum hujan.


"Nelayan di Kampung Beserah pun tahu menabung duit simpanan sebelum monson. Tapi Najib buat tak faham dan cuba jadi hero korporat.


"Memandangkan Najib rakan baik tokoh korporat besar, kita cabar dia bantu rakyat mengesahkan adakah Sapura pernah dan masih membayar royalti berpuluh juta ringgit setahun kepada “pihak tertentu” sekadar atas kegunaan nama “Sapura” (sebagaimana didedahkan The Edge 27/12/21)?


"Soalan ini penting kerana ianya membantu kita faham adakah syarikat ini wajar dibantu, dan apakah itu Najibnomics," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER