top of page

Anwar yakin KDNK suku keempat negara memberansangkan



Kerajaan yakin dapat mencapai keputusan suku keempat 2022 yang memberangsangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keyakinan itu dinyatakan Anwar susulan perubahan positif yang berlaku dalam negara sejak beberapa bulan lepas.

"Kita selesa dengan keputusan suku keempat. Saya harap kita boleh mengekalkannya," katanya menerusi satu temu bual bersama agensi berita antarabangsa, Bloomberg TV baru-baru ini.


Terdahulu Anwar yang juga Menteri Kewangan ditanya sama ada kerajaan akan mengekalkan sasaran 4-5 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi 2023.


Beliau turut ditanya sama ada pentadbiran beliau akan mengekalkan defisit fiskal pada 5.5 peratus daripada KDNK.


Menjawab soalan itu, Presiden KEADILAN itu menegaskan bahawa sasaran defisit oleh kerajaan pemimpinnya akan diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Feb depan.


Namun secara prinsipnya, tegas Anwar, kerajaan akan berusaha ke arah mengurangkan defisit secara beransur-ansur tanpa mengorbankan kebajikan awam atau pendidikan dan kesihatan golongan miskin. Hal itu tegasnya perlu ditangani dengan sangat hati-hati.


Berkenaan pelaburan langsung asing (FDI) pula beliau yakin bahawa Malaysia akan mampu menarik lebih banyak pelabur ke dalam negara.


Sasaran itu jelasnya, dapat dicapai melalui dasar yang diterap dalam kerajaan dengan mengamalkan tatakelola serta akauntabili pentadbiran yang baik.


"Jika anda memiliki sistem dengan dasar yang sangat jelas untuk menarik pelaburan, (beserta dengan) kemudahan untuk menjalankan perniagaan, pantas, cekap dan tidak ada amalan rasuah, pelabur akan datang," kata Ahli Parlimen Tambun itu.

Dalam wawancara sama Anwar turut menolak melaksanakan semula Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


"Masalahnya apabila terdapat kemiskinan tegar dan rakyat langsung tidak mendapat gaji minimum, bagaimana boleh kita laksanakan sistem percukaian yang telus?” soalnya kembali.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page