top of page

Anwar Wira Pendamai: Peranan PMX dalam konflik Thailand - Kemboja diiktiraf dunia

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 29
  • 2 min read

Kemboja dan Thailand berjaya didamaikan dalam tempoh singkat tanpa campur tagan AS dan China
Kemboja dan Thailand berjaya didamaikan dalam tempoh singkat tanpa campur tagan AS dan China

Oleh: Noraini Nordin


'Anwar Wira Pendamai' begitulah gelaran yang diberikan oleh pencinta-pencinta kedamaian sebagai tanda penghargaan kepada PMX yang telah berjaya menoktahkan konflik Thailand-Kemboja dalam satu mesyuarat khas di Putrajaya petang semalam.

Pujian dan sanjungan terhadap kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja diterima daripada rakyat biasa tetapi juga pemimpin-pemimpin dunia termasuk negara kuasa besar Amerika Syarikat (AS), Perancis dan Jerman.


Kejayaan rundingan damai antara Thailand dan Kemboja yang diusahakan Malaysia sehingga akhirnya dua negara berjiran tersebut bersetuju melaksanakan gencatan senjata adalah suatu pencapaian amat cemerlang buat PMX yang juga Pengerusi ASEAN.


Lebih banyak kehilangan nyawa berjaya dielakkan


Berikutan kejayaan rundingan yang dilakukan di Malaysia itu dan kedua-dua negara bersetuju untuk melakukan genjatan senjata, banyak keburukan berjaya dielakkan termasuk korban nyawa.

Penulis - Noraini Nordin
Penulis - Noraini Nordin

Pertempuran, kehilangan nyawa dan kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian dengan sendirinya tamat serta merta.


Semua itu diumumkan semalam oleh Anwar apabila kedua pihak pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai dan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet bersetuju dengan gencatan senjata tanpa syarat, susulan rundingan damai yang diadakan.


"Kedua-dua pemimpin telah menyatakan pendirian dan kesanggupan mereka untuk gencatan senjata segera dan mengembalikan keadaan kepada normal," kata Anwar semasa sidang media bersama.


AS puji Anwar


Susulan kejayaan rundingan damai itu, AS tampil memuji peranan Anwar dalam usaha menjayakan rundingan gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja itu.


"Kami berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia atas kepimpinannya dan kejayaan menganjurkan rundingan gencatan senjata.


"Kami menggesa semua pihak untuk mematuhi komitmen mereka," kata Setiausaha Negara AS Marco Rubio dalam satu kenyataan semalam.


Sehubungan itu, Rubio berkata, Presiden AS, Donald Trump komited untuk menghentikan keganasan serta-merta dan mengharapkan kerajaan Kemboja dan Thailand untuk menghormati komitmen mereka dalam menamatkan konflik.


PM Kemboja, Thailand ucap terima kasih


Semasa sidang media selepas kejayaan rundingan damai, Manet dan Wechayachai mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam rundingan itu.


Manet juga mendakwa bahawa ketegangan antara negara jiran ASEAN itu telah menyebabkan kira-kira 300,000 orang kehilangan tempat tinggal - 140,000 dari Kemboja dan 160,000 dari Thailand.


Kedua-dua negara berjiran itu mempunyai sejarah panjang dalam pertikaian diplomatik melibatkan 817 kilometer sempadan yang belum ditanda sepenuhnya.


Ketegangan antara Thailand dan Kemboja mula memuncak sejak 28 Mei susulan pertempuran antara tentera kedua-dua negara berhampiran kawasan sempadan Preah Vihear yang dipertikaikan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page