Anwar umum peroleh cukup majoriti, kerajaan PM Muhyiddin tumbang


Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Perdana Menteri (PM) Muhyiddin Yassin tidak lagi memilikki majoriti.


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi dalam sidang media di Hotel Le Meridien Kuala Lumpur mengumumkan beliau telah memperolehi cukup sokongan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi membentuk kerajaan baharu.


"Alhamdulillah, kini saya telah mendapat sokongan yang kukuh dan meyakinkan dari Ahli-ahli Parlimen untuk saya persembahkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang di Pertuan Agong


"Perlu saya nyatakan di sini majoriti yang menyokong di kalangan Ahli Parlimen Melayu Islam.


"Untuk maklumat semua, saya diperkenankan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam, Selasa 21 September, jam 11.00 pagi tetapi terpaksa ditangguhkan kerana Baginda kini berada di Institut Jantung Negara


"Namun begitu dari perbualan telefom malam Selasa lalu saya mendoakan arfiah (kesembuhan) buat Tuanku," katanya.


Sehubungan itu Anwar berkata kerajaan yang dipimpin Muhyiddin telah jatuh dan kerajaan baharu akan dibentuk sebaik sahaja diperkenankan Agong.


"Dengan sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan bermakna pada saat ini kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh


"Maklumat selanjutkan akan saya maklumkan selepas menghadap Yang Dipertuan Agong.


Pentadbiran ini pastinya mewakili semua rakyat dengan majoriti Melayu Bumiputera dan mengiktiraf kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, Bahasa Melayu serta kedudukan Hak Istimewa Bumiputera di samping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum di negara kita," katanya lagi.


Menjawab soalan wartawan apakah Tun Mahathir dan Pejuang terlibat dalam penubuhan kerajaan baharu Anwar menjawab tegas: "tidak"


Begitu juga, sama ada kerajaan baharu melibatkan Ahli Parlimen KEADILAN yang melompat keluar. Anwar menjawab beliau tidak bertemu nama yang melompat dalam senarai Ahli Parlimen yang akan membentuk kerajaan baharu.


Selain itu, Anwar turut menegaskan kerajaan yang akan dibentuk adalah kukuh dan bukan dengan kelebihan 5 atau 10 Ahli Parlimen. Beliau membayangkan kerajaan akan melibatkan Ahli Parlimen dari Pakatan Harapan dan individu Ahli Parlimen gabungan parti memerintah PN.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikut Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
  • radio