top of page

Anwar ucap takziah pemergian Dr Siddiq Fadzil


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Dr Siddiq Fadzil, semalam.


Menurut beliau Siddiq merupakan rakan akrab seperjuangan sepanjang zaman sejak lebih 50 tahun lalu.


"Dukacita pemergian sahabat karib saya lebih 50 tahun, tokoh da'ie, pendidik, pemikir dan intelektual Melayu yang dihormati Dato' Dr Siddiq Fadzil.


Pengalaman panjang beliau bersama PKPIM dan Abim sangat berharga buat masyarakat. Dr Siddiq kemudian ikut serta dalam Abim dan kemudian menggantikan saya sebagai Presiden Abim bagi menghadapi gelora tatkala saya menyertai UMNO. Hubungan rapat secara peribadi terus utuh dan menyemarak.


Ungkapan bahasa yang mantap dan memukau oleh beliau itu pasti mengesankan telinga yang mendengar. Garapannya dan sikap prihatin almarhum terhadap masalah umat sangat tuntas dan mendalam," katanya.


Menurut Anwar lagi Allahyarham merupakan tokoh yang gigih meneroka jalinan Islam dan budaya Melayu.


"Almarhum juga gigih memainkan peranan besar dalam meneroka idea kukuh jalinan Islam dan budaya Melayu di rantau ini.


"Saya utus takziah kepada keluarga serta turut mendoakan beliau diberi tempat yang terbaik oleh Yang Maha Esa," katanya lagi.

Datuk Seri Anwar menziarahi sahabat baiknya Ustaz Siddiq Fadzil buat kali terakhir

Ustaz Siddiq adalah Presiden Kolej Dar al-Hikmah (KDH) yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).


Beliau merupakan Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan Tahun 2018, mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) tahun 1970 an, mantan Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) tahun 1970 an, presiden ketiga ABIM tahun 1980 an dan juga mantan Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) pertama pada tahun 2005.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page