top of page

Anwar ucap takziah atas pemergian Dr Harussani Zakaria


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutus takziah atas pemergian Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.


"Takziah kepada keluarga Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria atas musibah besar ini. Saya turut berduka dan mendoakan.


"Almarhum Tan Sri Dr Harussani Zakaria adalah kenalan dan sahabat sejak beliau menjadi qadi besar Pulau Pinang dan kemudiannya mengurus perkahwinan saya dan Azizah pada tahun 1980.


"Mendoakan agar keluarga almarhum tabah dan kuat saat ini," katanya dalam satu kenyataan.


Almarhum Dr Harussani Zakaria, 82, sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh selepas disahkan positif Covid-19 dan meninggal dunia semalam.


Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNPk) dalam satu kiriman di Facebook memaklumkan Allahyarham meninggal dunia jam 3 petang di HRPB.


Allahyarham dilahirkan di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, Parit Buntar dan meninggalkan isteri serta empat orang anak.


Beliau dilantik menjadi Mufti Perak sejak 1985 dan pernah mendapat anugerah Tokoh Maal Hijrah 2008 selain Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan Islam yang membawa gelaran Doktor pada 2010.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page