Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut agama Hindu.
Presiden KEADILAN itu berkata, perayaan itu masih boleh diraikan walaupun dalam keadaan sederhana ketika negara masih berdepan dengan ancaman wabak Covid-19.
"Walaupun keadaan hari ini tidak membolehkan penganut Hindu untuk mengadakan perarakan seperti selalu kerana masih berhadapan dengan COVID-19.
"Namun saya percaya kita perlu terus hormati tradisi agama dan budaya masing-masing dan pastikan ia dapat diraikan dalam suasana terkawal dan selamat," katanya.
Anwar juga meminta semua lapisan masyarakat memberikan ucapan Selamat Hari Thaipusam sebagai kata-kata semangat kepada penganut Hindu.
"Mari bersama kita gunakan juga kesempatan ini untuk beri kata-kata indah dan penguat semangat kepada rakan-rakan kita yang beragama Hindu.
"Hidupkan kerukunan dan perteguh kasih sayang antara warga. Selamat Hari Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu," katanya.
Comments