top of page

Anwar tunai solat Jumaat, mencuba cendol songkok tinggi di Seremban



Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengunjungi Masjid Dato' Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat dekat Seremban, Negeri Sembilan bagi memunaikan solat Jumaat dan beramah mesra dengan jemaah.


Beliau tiba di kira kira pukul 1.10 tengah hari dan diiringi Menteri Besar N Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun. Ratusan jemaah berbaris panjang bersalaman dalam perjalanan menuju ke restoran Cendol Songkok Tinggi Kampung Jiboi Baru.


DS Anwar mencuba beberapa menu di restoran Cendol Songkok Tinggi

Di restoran itu selain mencuba cendolnya yang terkenal Anwar juga mencuba mi rebus Johor, laksa Johor dan jemput-jemput.


Dipetik Bernama, Ketua Imam masjid Dato' Klana Petra Lela, ustaz Najib Nubhan Khairuddin mewakili seluruh jemaah amat berbesar hati menerima kunjungan Perdana Menteri bagi menunaikan solat Jumaat di masjid berusia lebih 20 tahun itu.


Khutbah Jumaat bertajuk Kesyukuran Pemangkin Kemakmuran disampaikan oleh khatib Najib di hadapan kira-kira 4,000 jemaah manakala solat Jumaat diimamkan Ustaz Muhammad Umar Sohaib Abu Hanifah.


Penduduk tempatan berbaris panjang untuk bersalam dengan PM

Ini merupakan lawatan kali pertama Anwar ke Negeri Sembilan selepas dilantik Perdana Menteri pada November lepas.


Turut hadir menyambut PM tengah hari tadi ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page