top of page

Anwar tulis surat kepada Presiden Trump adakan pertemuan ASEAN-AS

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 26
  • 2 min read

DS Anwar pada sesi Plenary sempena Sidang Kemuncak ASEAN - 46 bertekad lepasi halangan tarif
DS Anwar pada sesi Plenary sempena Sidang Kemuncak ASEAN - 46 bertekad lepasi halangan tarif

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menulis surat kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, bagi mendapatkan sokongannya untuk menganjurkan satu pertemuan antara ASEAN dan AS di tengah tekanan negara kuasa besar itu mengenakan tarif timbal balas terhadap sejumlah negara.


Memaklumkan perkara itu ketika sesi pembukaan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 di Kuala Lumpur, beliau berkata langkah tersebut dilakukan hasil mandat serta keputusan konsensus mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi pada awal tahun ini.


"Saya telah mengambil inisiatif untuk menulis kepada Presiden Donald Trump bagi mendapatkan kefahaman dan sokongan beliau dalam menganjurkan pertemuan ASEAN-AS, yang mencerminkan komitmen serius kita terhadap prinsip keterpusatan (centrality),


"Langkah ini bukan sahaja mencerminkan aspirasi kita, tetapi juga tanggungjawab kita," katanya dipetik sambil menambah bahawa masa depan ASEAN bergantung kepada “dua tunggak utama iaitu pertumbuhan yang saksama dan mampan, serta daya tahan berpanjangan.”


Anwar berkata walaupun negara-negara anggota pertubuhan serantau telah mengadakan perbincangan dua hala dengan AS berkenaan pelaksanaan tarif, terdapat persetujuan sebulat suara dalam kalangan pemimpin ASEAN untuk mengekalkan konsensus serantau.


"Apabila isu tarif ini timbul, kami bersetuju untuk meneruskan pertemuan dua hala sambil mengekalkan kesepakatan ASEAN," katanya.


Dalam pada itu, laporan media antarabangsa menyebut pemimpin ASEAN sedang bersedia untuk menyatakan keprihatinan mendalam terhadap tarif yang mahu dikenakan oleh pentadbiran Trump, sekali gus memberikan amaran tentang peningkatan ketegangan geopolitik yang mengancam pertumbuhan ekonomi dan kestabilan.


Difahamkan perkara itu dijangka dimasukkan dalam draf kenyataan yang bakal dikeluarkan di hujung sidang kemuncak dua hari tersebut


Pada 3 April lalu Presiden Trump, telah mengumumkan “tarif timbal balik” yang menyasarkan import dari Asia Tenggara, dengan Kemboja, Laos dan Vietnam menjadi negara yang paling terkesan.


Malaysia dikenakan tarif sebanyak 24 peratus, manakala Singapura menerima kadar terendah iaitu 10 peratus.


Bermula 9 April, AS mengenakan tarif yang lebih tinggi pada kadar “separuh” daripada jumlah tarif yang dikenakan oleh negara-negara lain terhadap eksport AS.


Bagaimanapun Menteri-menteri Ekonomi ASEAN sebelum ini telah bersetuju untuk tidak mengambil tindakan balas, sebaliknya memilih mengadakan dialog “terbuka dan membina” bersama Amerika Syarikat bagi menyelesaikan isu berkaitan perdagangan.


Sebelum ini dilaporkan bahawa Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio telah mengadakan pertemuan pada 5 April bagi menetapkan tarikh Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.

댓글


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page