top of page

Anwar tolak samakan layanan Hospital Rehabilitasi Cheras sebagaimana dinikmati Najib



Layanan penjara yang diterima Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berbeza bagaikan langit dan bumi jika ingin dibandingkan dengan mantan Perdana Menteri Najib Razak.


Menegaskan hal itu, Anwar menolak tanggapan penyokong Najib bahawa bekas Presiden Umno itu layak dipindahkan ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) memandangkan Anwar juga pernah dihantar ke situ.


Menurut Anwar, beliau hanya dihantar ke HRC selepas menjalani 10 tahun hukuman penjara terasing di dalam sel.


Kemasukan beliau ke HRC, ujarnya, untuk mendapatkan rawatan pakar selepas menjalani pembedahan besar di bahu pada November 2017 ekoran kemalangan kenderaan penjara yang dinaikkinya pada bulan September.


"Jangan bandingkan (layanan Najib) dengan apa yang dialami Anwar. Sekiranya, beliau mahu dilayan sama, beliau perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun dulu. Kemudian baru dibawa ke pusat rehabilitasi," katanya dalam sidang media di Kelab Wartawan Asing Thailand (FCCT) di Bangkok, Thailand.


Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, keadaan Najib tidak akan dipertikaikan sekiranya beliau mendapat nasihat pakar untuk menjalani rawatan pemulihan di HRC.


Namun dimasukkan ke HRC atas gejala sakit yang tidak serius hanya menimbulkan rasa ketidakpuasan hati rakyat melihat pelaksanaan hukuman penjara ke atas Najib.


Kelmarin, Jabatan Penjara menjelaskan Najib dipindahkan ke HRC pada 19 September bagi mendapatkan rawatan dan pemerhatian.


Kata kenyataan itu, Najib dipindahkan ke HRC selepas dirujuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan bekas perdana menteri berkenaan akan dihantar kembali ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman selepas mendapat pelepasan daripada pakar HRC atau HKL.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page