top of page

Anwar tolak guna Mercedes S600 kereta rasmi PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 28, 2022
  • 1 min read


Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak untuk menggunakan Mercedes S600 yang dilengkapi ciri ciri termoden untuk kegunaan pembesar negara.


Menurut kenyataan PM itu, penolakan tersebut sesuai dengan langkah berjimat cermat yang diuar uar kepada rakyat sejak kempen Pilihan Raya Umum ke 15 lalu.


"Saya ingin memaklumkan saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang telah dibeli dan diperoleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat.


"Langkah tersebut diambil kerana saya tidak mahu sebarang perbelanjaan baru dibuat ke atas saya.


"Sebaliknya, saya membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat untuk kegunaan harian," katanya dalam kenyataan tersebut.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page