top of page

Anwar tokoh paling mampu laksanakan pelan tangani Covid, pulihkan ekonomi


Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang paling berkemampuan untuk membawa negara keluar dari pandemik Covid 19 dan menarik kembali pelaburan asing ke Malaysia.


Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan demikian dalam forum maya, Ruang Bicara Bernama bertajuk: "Mencari Malaysia Yang Lebih Baik" yang dihoskan oleh wartawan veteran Sherkawi Jirim, semalam.


Menurut Shamsul, Malaysia ketika ini memerlukan sosok yang berwibawa dan berpengalaman untuk memimpin negara dalam keadaan krisis.


"Saya kata (ingatkan) nasihat Yang di-Pertuan Agong kepada ketua-ketua parti. Ini kenyataan media yang diberikan Anwar kepada rakan-rakan, apa yang disebut Agong dan timbalannya, menyeru wujudkan kerajaan yang stabil atau dalam istilah lain satu politik baru.


"Politik yang tidak menggunakan aparat negara untuk menghukum, menggunakan tindakan politik mencengkam dan sebagainya.


"Saya lihat pengaman ini berlaku dalam era Tun Razak. Ketika itu 13 Mei 1969 dan Tun Razak perlukan semua pihak untuk bangunkan negara. Ketika itu sejarahnya, sosok Tun Razak cukup kuat untuk bawa semua pimpinan duduk bersama pasca 13 Mei.


"Saya tidak yakin peribadi itu ada pada sosok Ismail Sabri. Saya yakin dari ketrampilan, pengalaman yang luas, ada pada Datuk Seri Anwar.


"Dari segi ekonomi kita berhadapan lockdown yang panjang, keyakinan para pelabur dan sebagainya. Saya tak nampak ketokohan Ismail, kalau kita angkat dia sebagai tokoh yang boleh meyakinkan pelabur kembali ke Malaysia untuk merancakkan ekonomi," ujarnya.


Tegas Shamsul, soal melantik kepimpinan tidak boleh dilakukan secara semberono, terutama dalam keadaan pandemik.


Sebelum ini, menurut beliau, negara telah mencuba kepimpinan 90% Melayu yang diharap mampu membaik pulih negara. Namun selepas 18 bulan, ternyata kombinasi Mahiaddin dan Ismail Sabri itu berkecamuk dan menyerang satu sama lain dalam gabungan kerajaan Perikatan Nasional.


"Yang menyebabkan mantan PM itu rebah ialah 15 Ahli Parlimen Umno tarik sokongan. Di mana kita telah pun mencuba gabungan Mahiaddin dan Ismail sebagai TPM untuk memandu negara hadapi pandemik.


"Saya ingat pada Julai lalu Presiden Umno gariskan 7 sebab menarik sokongan kepada PM. Pertama gagal tangani pandemik, kedua menyalahgunakan darurat, kegagalan kerajaan pertahan sistem demokrasi dan seterusnya.


"Ketika itu gabungan kerajaan ini adalah Bersatu, Umno dan yang lain. Yang menarik kalau istilah kerajaan gagal kita pakai dulu, (merujuk kerajaan dominasi Bersatu), sekarang bertukar kepada Umno bergabung dengan Bersatu dan saya percaya Bersatu ditawarkan TPM. Akhirnya tidak selesai juga isu. Apakah sekarang Umno nak katakan no PPBM lagi?


"Dulu retorik Umno ialah no Bersatu, no Anwar, no DAP. Saya ingat itu tak boleh pakai dah. Sekarang Bersatu dah ok," sinisnya.


Bagaimanapun, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu mengingatkan pesan Yang di-Pertuan Agong kepada sesiapa yang berjaya dilantik sebagai PM kali ini supaya tidak merasa menang ke atas musuhnya. 'Yang menang harus hulurkan tangan kepada yang kalah', katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page