top of page

Anwar tidak setuju elaun Ketua Pembangkang bertaraf menteri, derma kepada orang miskin



Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju terhadap tawaran Perdana Menteri (PM) untuk memberi elaun bertaraf menteri kepada Ketua Pembangkang.


Menurut beliau, kemudahan penuh yang bukan elaun lebih utama berbanding berbentuk material.


"Saya ucap terima kasih atas kesediaan serta pengiktirafan dari Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan kerajaan kerana bersetuju menambahbaik taraf Parlimen dan fungsi Ketua Pembangkang seperti yang selayaknya dalam mana-mana negara demokratik di dunia.


"PM juga bersetuju memberi kemudahan untuk sebuah pejabat bagi Ketua Pembangkang dan beberapa kemudahan lain. Ini termasuk staf bagi membantu urusan kerja dan pejabat.


"Namun saya tidak bersetuju dengan butiran-butiran di bawah sepertimana disebut dalam surat tawaran kepada saya yang diutus PM. Butiran-butiran ini adalah sebahagian dari kemudahan penuh kepada seorang menteri," katanya.


Berdasarkan surat yang diterima, Kerajaan menawarkan sejumlah gaji bulanan RM 14,907.20; elaun kerainan RM 12,320; bayaran khas RM 1,500; elaun rumah RM 4,000; elaun selenggara rumah RM 833; elaun pakaian panas RM 6,000 (sekali dalam 3 tahun); elaun pakaian upacara rasmi RM 1500 (sekali dalam 3 tahun); elaun bayaran pakaian ‘black tie’ RM 1500 (sekali dalam 3 tahun) dan sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi.


Menurut Anwar lagi, beberapa kemudahan lain yang setaraf menteri juga tidak dapat beliau terima.


"Malah, saya akan menyalurkan dana tersebut untuk tabung rakyat miskin.


"Saya juga telah tegaskan pada pihak Parlimen yang menyediakan pejabat saya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan," katanya.


Bagaimanapun Pengerusi Pakatan Harapan itu memberi jaminan pemberian elaun tidak akan mengurangkan kekerapan kritikan beliau ke atas kerajaan Perikatan Nasional 2.0 dan akan terus akan membawa isu-isu rakyat sebagaimana biasa.


"Ingin ditegaskan bahawa pengiktirafan kepada Pejabat Ketua Pembangkang ini tidak bermaksud kita akan mendukung apa sahaja dasar kerajaan tanpa soal.


"Seperti yang dinyatakan PM dalam surat kepada saya itu, keputusan ini tidak menjejaskan peranan Ketua Pembangkang. Saya akan tetap menjalankan tugas seperti sediakala.


"Aspek semak imbang akan terus diperhebat bagi memastikan negara ini terus di landasan demokrasi," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page