top of page

Anwar terima memorandum isu kenaikan harga barang dari NGO Reformis



Kenaikan harga barang disuarakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.


Hari ini, NGO Otai Reformis 1998 dan Gabungan Bertindak Memorandum Rakyat Malaysia pula menganjurkan protes aman dan seranan memorandum kepada Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kelembapan kerajaan BN mengawal harga barang


Otai menyerahkan memorandum kepada Anwar yang diringi Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk mengangkat isu berkenaan di Dewan Rakyat.


Dalam ucapan ringkasnya Anwar berkata isu itu akan diperjuangkan oleh Pakatan Harapan dengan mendesak kerajaan bertindak dalam masa terdekat mengawal harga.


"Saya ucap terima kasih kepada rakan rakan yang telah terus bangkitkan isu harga barang ini. Kita sendiri pun dah turun dan bangkitkan kepada Parlimen


"Kita anggap kerajaan agak lembab dalam menangani masalah ini," katanya.


Ahli Parlimen Port Dickson itu membidas kerajaan BN yang tidak peka dengan kesusahan rakyat pasca pandemik Covid 19 kemudian dibiarkan menghadapi kesukaran untuk membeli makanan harian.


"Masalah ini membebankan rakyat. Gaji tidak naik, elaun tidak naik tetapi harga barang meningkat dan keterlaluan.


"Kalau kita tengok harga sayuran, ayam dan sebagainya (semua naik). Kita mendesak supaya kerajaan mengambil tindakan segera," katanya lagi.


Selain Otai Reformis 1998, serahan memorandum itu juga disertai oleh NGO Jingga 13, dan Gerak 98.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page