top of page

Anwar terima kunjungan Presiden PPIM

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Dec 27, 2021
1 min read


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tengah hari tadi menerima kunjungan Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.


Kunjungan tersebut bagi membincangkan isu bebanan yang ditanggung oleh rakyat pasca pandemik Covid 19 serta kenaikan harga barang barang keperluan harian.

Toqqi menyatakan sesuatu kepada Anwar

"Presiden PPIM Datuk Nadzim Johan atau nama popular panggilan Toqqi hadir bertemu minta pandangan berhubung tentang masalah bebanan rakyat saat ini.


"InshaAllah, pihak saya akan bersama-sama dengan PPIM untuk kerjasama yang baik demi rakyat," katanya.


Datuk seri Anwar sejak beberapa bulan kebelakangan begitu vokal di Parlimen atau sebarang forum membangkitkan perlunya rakyat dibantu menghadapi tekanan hidup melampau, sama ada penurunan ekonomi akibat pandemik, kegagalan mengawal harga atau kesukaran hidup pasca banjir baru baru ini.

 
 
 

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page