top of page

Anwar terima kunjungan PM China, Li Qiang di Putrajaya



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan rakan sejawatannya dari China, Li Qiang dalam majlis makan tengah hari di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.


Li yang tiba di Malaysia semalam bagi lawatan rasmi tiga hari disambut oleh Anwar sebaik tiba pukul 12.38 di kediaman rasmi perdana menteri itu.


Majlis makan tengah hari itu juga dihadiri oleh menteri-menteri Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.


Turut hadir ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.


Terdahulu Li mengadakan perbincangan dengan Anwar di Perdana Putra bagi memperkukuh hubungan dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama, lapor Bernama.


Kedua-dua pemimpin juga menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) dan persetujuan dalam pelbagai bidang kerjasama antaranya ekonomi digital, pembangunan hijau, pelancongan, perumahan dan pembangunan urbanisasi, pendidikan tinggi, sains dan teknologi serta pengeksportan agrikomoditi ke China.


Hubungan diplomatik Malaysia dengan China bertambah kukuh sejak penaiktarafan hubungan dua hala kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada tahun 2013.


Pada sebelah pagi, Li diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana, Putrajaya.


Beliau disambut oleh Perdana Menteri sejurus tiba pada pukul 9.30 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.


Li kemudian memeriksa barisan kehormatan yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Adibadiuezshah Ahmad.


Lawatan Li itu merupakan julung kali dilakuka sejak beliau dilantik pada Mac tahun lalu dan ia juga diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China berikutan penandatanganan Kenyataan Bersama oleh Perdana Menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China ketika itu Chou En Lai pada 31 Mei 1974.


Pada 2023 China kekal sebagai rakan perdagangan Malaysia terbesar bagi 15 tahun sejak 2009, dengan jumlah perdagangan sebanyak RM450.84 bilion (US$98.90 bilion), menurut Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page