top of page

Anwar terima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura



Hubungan dua hala Malaysia - Singapura dieratkan lagi dengan kunjungan Timbalan Perdana Menteri republik itu, Lawrence Wong Shyun Tsai ke negara ini.


Lawrence Wong yang dalam rangka lawatan kerja hari ini melakukan kunjungan hormat bertemu Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim di bangunan Parlimen selepas majlis Simposium Perubahan Iklim 2022, petang ini.


"Saya terima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong yang kini dalam lawatan kerja ke Malaysia selama empat hari.


"Saya ucap tahniah atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Singapura," katanya.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menghargai Lawrence Wong yang ditunjuk sebagai bakal Perdana Menteri Singapura terlebih dahulu mengunjungi dan bertukar tukar fikiran dengan tokoh tokoh politik di Asia Tenggara,


"Dalam pertemuan selama sejam, kami membincangkan pelbagai perkara terkait isu ekonomi, hubungan perdagangan dan kerjasama dua hala.


"Kami juga menyentuh perkembangan terkini Malaysia - Singapura serta isu melibatkan rantau ini dan ASEAN," katanya.


Bendahari Agung KEADILAN (kanan sekali) dan Ketua Penerangan KEADILAN turut serta dalam pertemuan

Menurut Anwar lagi, perbincangan mereka lebih banyak tertumpu tentang hubungan ekonomi dan pelaburan Singapura ke Malaysia.


"Kami turut bersetuju bahawa hubungan Malaysia - Singapura perlu terus diperkukuh serta berganding bahu dalam pelbagai lapangan kerjasama," katanya lagi.


Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page