top of page

Anwar terima kunjungan Duta Besar Jerman

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Mar 10, 2021
1 min read


Biarpun Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya menjawat Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia namun beliau kerap dikunjungi duta-duta asing di Kuala Lumpur.


Semalam, Anwar menerima kunjungan Duta Besar Jerman di Malaysia bagi membincangkan isu-isu antarabangsa dan hubungan dua hala Malaysia - Jerman.


"Menerima kunjungan Duta Besar Jerman ke Malaysia TYT Dr. Peter Blomeyer pagi tadi.

"Kami menyentuh pelbagai isu mutakhir dalam dan luar negara, termasuk soal hubungan dua hala.


"Kami juga sempat bertukar idea dan pandangan melibatkan kedua-dua negara," katanya dalam catatan di Facebook rasmi beliau.


Pertemuan tersebut berlangsung di pejabat rasmi Anwar di Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page