top of page

Anwar terima kunjungan Duta Besar AS, bincang isu perdagangan, AUKUS

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Oct 8, 2021
1 min read


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibharim hari ini dikunjungi oleh Duta Besar Amerika Syarikat (AS) Brian D. Mcfeeters.


Menurut Anwar, dalam pertemuan itu mereka pihak berbincang mengenai hubungan dagang dan pelaburan kedua-dua negara termasuk isu pakatan pertahanan melibatkan senjata nuklear ditubuhkan AS, United Kingdom dan Australia baru-baru ini.


"Terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia Brian D. Mcfeeters di pejabat hari ini.


"Kami menyentuh soal pelaburan dan hubungan perdagangan kedua-dua negara.


"Perkembangan geopolitik rantau ini turut disentuh, termasuk isu pakatan keselamatan AUKUS antara Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat," kata Anwar.


Turut hadir dalam pertemuan itu adalah Ahli Parlimen Alor Setar Chan Ming Kai dan Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.


Pertemuan diadakan di pejabat rasmi Anwar di Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page