top of page

Anwar terima kunjungan barisan kempimpinan DAP yang baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 29, 2022
  • 1 min read


Pakatan Harapan (PH) terus utuh dan bersatu padu meski pun menghadapi beberapa cabaran getir sejak kebelakangan ini.


Semalam, barisan kepimpinan DAP yang baharu mengunjungi Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat beliau di Bukit Gasing, Petaling Jaya, Selangor.


"Menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung DAP yang baru, saudara Anthony Loke Siew Fook.


"Turut sama dalam kunjungan adalah barisan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC)," catat Anwar di Facebook rasminya.


Presiden KEADILAN itu turut mengucapkan tahniah kepada Setiausaha Agung dan barisan kepimpinan yang baharu dipilih dalam kongres DAP minggu lalu.


"Saya ucap tahniah atas pelantikan mereka dan sempat imbau sejarah dan latar belakang kerjasama antara KEADILAN dan DAP.


"Kami membincangkan hala tuju bagi mengukuhkan lagi kerjasama yang sedia ada agar lebih utuh dan teguh," katanya lagi.



Barisan kepimpinan DAP membincangkan situasi politik semasa dan usaha mengukuhkan PH

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page