top of page

Anwar terima Anugerah Kepimpinan Kewangan Islam Global (GIFA) 2025

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 11
  • 1 min read

PM Anwar menerima anugerah Global Islamic Finance Leadership Award (GIFA) 2025 dari Pengerusi GIFA 2025, Prof Humayon Dar pada majlis di Kuala Lumpur
PM Anwar menerima anugerah Global Islamic Finance Leadership Award (GIFA) 2025 dari Pengerusi GIFA 2025, Prof Humayon Dar pada majlis di Kuala Lumpur

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima anugerah Global Islamic Finance Leadership Award (GIFA) 2025 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam memajukan kewangan Islam di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.


Anugerah berprestij itu disampaikan Pengerusi GIFA 2025, Prof Humayon Dar pada majlis di Kuala Lumpur yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.


Anwar yang juga Menteri Kewangan menzahirkan rasa syukur dan menegaskan penghormatan tersebut bukan untuk dirinya semata-mata sebaliknya bagi menghargai jasa para perintis, sarjana, penggubal dasar dan penggerak industri yang telah meletakkan asas kukuh pembangunan kewangan Islam.


"Saya percaya anugerah ini sebenarnya milik mereka semua. Saya hanyalah wakil kecil bagi pihak penggerak yang telah berkhidmat jauh lebih handal dan bermakna daripada apa yang mampu saya lakukan," katanya.


Anwar turut menekankan bahawa industri kewangan Islam kini perlu melangkah lebih jauh dengan memastikan ia bukan sahaja bebas riba tetapi juga menzahirkan nilai keadilan, belas ihsan dan keterangkuman, selaras dengan prinsip Maqasid Syariah.


Ditubuhkan pada 2011 oleh Edbiz Corporation, GIFA merupakan label kecemerlangan yang meraikan pencapaian kerajaan, institusi dan individu dalam mempromosikan serta memperkukuh kewangan Islam selain memastikan ia kekal berteraskan nilai tanggungjawab sosial.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page