top of page

Anwar tak gentar pembangkang guna isu KWSP pada PRN



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendiriannya untuk tidak membenarkan satu lagi pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Anwar berkata, meskipun menyedari pembangkang akan memainkan isu itu Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, namun wang pencarum tegasnya mesti dijaga untuk kegunaan masa depan pencarum.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata berbanding keadaan ketika pendemik melanda, rakyat kini sudah bebas untuk keluar bekerja dan meniaga untuk menjana pendapatan.


Justeru atas asas itu beliau tidak akan membuat keputusan populis hanya untuk memenuhi selera sekumpulan kecil pencarum, memandangkan badan berkanun itu berperanan memelihara dana saraan hari tua.


"Saya percaya isu ini (pengeluaran KWSP) akan terus dipermainkan sebagai isu politik termasuk dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.


"Dalam pengurusan dan kebijaksanaan, kita mesti membuat keputusan benar yang tidak harus diheret bagi mengambil keputusan hanya untuk memenuhi selera beberapa kerat manusia," katanya semasa Majlis Perasmian Ibu Pejabat Baharu KWSP Kwasa Damansara di Sungai Buloh semalam.


Pemindahan ibu pejabat KWSP adalah sebahagian daripada projek pembangunan perbandaran baharu di Kwasa Damansara yang dilaksanakan anak syarikat KWSP, Kwasa Land Sdn Bhd.


Menara baharu yang dibina atas plot seluas 2.1 hektar itu turut mendapat status Indeks Bangunan Hijau bertaraf Platinum, yang mengiktiraf komitmen KWSP terhadap nilai konsep hijau dan amalan lestari merangkumi kecekapan tenaga dan air, kualiti persekitaran dalaman, serta pengurusan tapak lestari, bahan dan sumber.


Turut akan dibina di atas kawasan perbandaran baharu seluas 1,060 hektar itu adalah 5,000 unit rumah mampu milik yang dijangka siap pada 2026.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page