top of page

Anwar, rakan-rakan sumbang RM500,000 bantu warga Palestin


Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk menyumbang sebanyak RM500,000 bagi membantu penduduk Palestin yang ditindas oleh Israel.


Presiden KEADILAN itu berkata, sumbangan itu dibuat setelah melihat perkembangan kezaliman dan kekejaman di Gaza yang dilakukan regim zionis Israel.


"Sudah keterlaluan, bukan kali ini, berabad-abad dan berdekad lamanya kita menyaksikan dengan gelisah dan umat memberontak. Kalau nak mengharapkan masyarakat antarabangsa, negara Islam sendiri pun lemah, negara Barat pun mengambil sikap yang sangat hipokrit dan bertentangan dengan nilai kemanusiaan.


"Mereka bantah white supremacy dan aparteid tapi yang dilakukan Israel dibiarkan begitu rupa, kita harus bertindak," katanya.


Justeru, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson terdorong untuk melakukan sesuatu demi menegakkan hak kemanusiaan.


"Syukur alhamdulilah. Dalam masa 24 jam, saya dan rakan rakan-rakan staf telah dapat mengumpul setengah juta ringgit dana dan kami segera mengirim untuk kebajikan rakyat Palestin, tidak menunggu isu peraturan dan birokrasi yang berlarutan.


"Saya juga menggesa supaya hal ini dapat diteruskan. Setengah juta yang awal telah dikirim kepada kelompok yang mampu mengendali direct secara langsung kebajikan rakyat Palestin.


"Saya menggesa sekali lagi kepada untuk terus beri bantuan terutamanya melalui MyAqsaDefenders supaya wang ini dapat dikumpul segera.


"Saya ucap terima kasih kepada semua yang membantu dan berdoa keredaan Allah supaya dapat menghentikan kezaliman dan dapat memberi pengajaran kepada pemerintah dan kerajaan Islam yang malap dan lemah, tidak ada kekuatan dan keberanian untuk berbuat sesuatu untuk pertahan keadilan di negara mereka dan kalangan umat Islam di Palestin, semoga Allah beri kekuatan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page