top of page

Anwar setuju tambah dana terjemah al-Quran ke 30 bahasa baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read

DS Anwar mengambil peluang meneliti huruf al Quran sebelum dihantar untuk percetakan. Foto FB Anwar
DS Anwar mengambil peluang meneliti huruf al Quran sebelum dihantar untuk percetakan. Foto FB Anwar

Oleh: Helmi Foad


Kerajaan bersetuju memberikan sokongan penuh kepada permohonan Yayasan Restu bagi mendapatkan dana tambahan untuk menterjemahkan al-Quran ke 30 bahasa baharu, sekali gus meluaskan lagi capaian mesej kitab suci itu di peringkat global.


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan komited untuk bekerjasama dengan Yayasan Restu dalam menjayakan usaha berkenaan meskipun jumlah peruntukan belum diumumkan.


Beliau berkata setakat ini yayasan tersebut telah menterjemah al-Quran ke 30 bahasa dengan yang terbaharu membabitkan bahasa Rusia.


"Peluncuran hari ini terjemahan ke-30, bahasa Rusia dan kebetulan Yang Dipertuan Agong sekarang berada di Rusia, jadi ini suatu perkembangan yang sangat menggalakkan.


"Cadangan untuk menterjemah ke 30 bahasa lagi dan dia sebut ini kerana dia minta dana tambahan. Jadi tentunya untuk ikhtiar ini, saya bagi pihak Kerajaan MADANI tentunya akan memberikan seluruh dukungan dan kerjasama," katanya.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pelancaran Percetakan al-Quran dan Terjemahan Bahasa ke-30 (Bahasa Russia) serta Peluncuran Mushaf Ummah Al-Jami’ di Kompleks Nasyrul Quran di Putrajaya hari ini.


Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi Eksekutif Yayasan Restu Datuk Abdul Latiff Mirasa.


Majlis berkenaan turut menyaksikan Anwar menunaikan solat Jumaat di Kompleks Nasyrul Quran serta melepaskan trak kontena mengandungi 20,000 naskhah al-Quran dan terjemahan dalam bahasa Sepanyol serta Inggeris untuk dihantar ke Jannah Institute, California, Amerika Syarikat.


Perdana Menteri berkata inisiatif penterjemahan itu adalah tindak balas berkesan terhadap insiden pembakaran al-Quran di Sweden dengan matlamat mengajak masyarakat dunia membaca dan memahami isi kandungannya.


"Tindakan yang bersifat impulsif atau berdasarkan kejahilan tidak akan menyelesaikan apa-apa. Jika anda membaca, anda akan faham. Maka, kita menggalakkan pemahaman dan keadilan," katanya.


Beliau turut menegaskan pelancaran Mushaf Ummah Al-Jami’ yang diselia ulama terkenal, Syeikh Dr Ahmad ’Isa Al-Ma’sarawi, menjadikan Malaysia antara negara terawal di dunia yang menerbitkan mushaf seumpamanya secara rasmi dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.


"Saya ingin tegaskan, pendekatan ini bukan sahaja memartabatkan kedudukan Malaysia sebagai pusat penyebaran ilmu Islam, malah memperlihatkan kita sebagai negara yang memilih hikmah dan kefahaman dalam mendepani cabaran umat," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page