top of page

Anwar sanjung anak muda tolak pindaan Akta Pencegahan Penyakit Berjangkit 342



Penolakan anak muda terhadap pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang menyaksikan rakyat marhaen akan dinaikkan denda tidak patuh Prosedur Operasi Piawai (SOP) Covid 19 daripada RM1,000 kepada RM1,500 amat dihargai Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar melahirkan kegembiraannya pagi ini ketika menerima memorandum menentang Akta 342 dari gerakan anak-anak muda dan aktivis rakyat di luar bangunan Parlimen.


"Saya hargai semangat ditunjukkan anak muda ini. Saya tidak fikir kita guna hanya satu jurusan. Jurusan Parlimen ada tetapi mesti ada juga jurusan kebangkitan rakyat yang dipelopori golongan muda.


"Golongan muda yang lebih kuat idealisme untuk pertahankan prinsip, bukan jadi mainan politik orang orang lain.


"Saya ikuti juga usul dikemukakan. Sebab itu dari awal saya kemukakan, tanpa libat urus tanpa pindaan, kita hari ini akan menolak 342. Tadi saya dengar mereka akan turunkan sedikit sebanyak bentuk hukuman. Saya tidak boleh terima," katanya.


Oleh itu, Anwar mengecam tindakan kerajaan BN yang walaupun telah menandatangani Memorandum Kerjasama namun tidak membawa pindaan Akta 342 itu ke dalam libat urus bersama PH.


"Mesti ada rundingan teliti, bukan nak pakai satu dua wakil. Baik dari PH atau kerajaan, wakil itu mesti mendapat mandat, mesti faham semangat rakyat yang menentang hukuman 'antara dia darjat' ini.


"Sekarang undang undang dah ada dan kita tahu, Ahli Parlimen PH setiap orang dihukum kompaun RM1,000. Bila pemimpin negara berhimpun ribuan orang, satu sahaja hukuman kompaun RM1,000.


"Ini tak masuk nelayan, petani, orang miskin yang didera, termasuk hukuman penjara dan hukuman tidak masuk akal lain," katanya.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu juga berkata beliau akan berunding dengan parti parti lain untuk menolak pindaan akta berkenaan.


Untuk KEADILAN, kata Anwar, beliau telah mengarahkan setiap Ahli Parlimen bangun menentang peruntukan undang undang berkenaan.


"Kalau pun ada pindaan, maka pindaan itu tidak boleh dipaksakan hari ini tanpa libat urus keseluruhannya.


"Ini satu contoh undang undang bagaimana memperlihatkan keangkuhan kuasa. Kementerian Kesihatan patut lihat soal vaksin. Kelewatan yang menyebabkan banyak kematian dan kesensaraan rakyat bukan sahaja hukum rakyat.


"Kalau mengenai penguatkuasa semua menghala ke arah rakyat, termasuk orang muda. Yang kita nak bawa perubahan ialah undang undang yang prihatin terhadap derita rakyat," katanya.


Presiden KEADILAN itu juga berharap akan ada lebih banyak penentangan rakyat terhadap kesewenangan kerajaan dalam menetapkan undang undang.


Beliau juga berkata tidak mungkin akan ada perubahan di negara ini tanpa kebangkitan rakyat dan kebangkitan mesti dipelopori oleh golongan muda.




0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page