Sikap rela berkorban membantu mangsa mangsa banjir di Selangor yang ditunjukkan sukarelawan di bawah Inisiatif Sukarelawan Selangor (Serve) mendapat pujian Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam majlis jamuan dan persembahan muzik menghargai Serve Selangor semalam, Anwar berkata inisiatif tersebut perlu diperluaskan pada masa akan datang bagi menghadapi sebarang situasi memerlukan.
"Saya terharu dengan semangat anak-anak muda yang bertungkus-lumus membantu warga yang terkesan semasa musibah banjir akhir tahun lalu meski tidak dijanjikan apa-apa imbuhan atau laba.
"Inisiatif Sukarelawan Selangor ini mesti terus dipergiat dan diperluaskan yang kini di bawah kemudi Exco Belia Negeri Selangor YB Khairuddin Othman.
"Usaha ini bagus terutamanya dalam mendedah dan menarik minat generasi muda kepada pelbagai aktiviti dan khidmat kemanusiaan," katanya.
Dalam majlis semalam juga Anwar melancarkan sukarelawan Khidmat Untuk Malaysia yang berada dinaungi kerajaan Selangor,
Ahli Parlimen Port Dickson itu juga mengucapkan penghargaan kepada pengajur Majlis Sukan Negeri Selangor, Pejabat Exco Belia dan Anwar Ibrahim Club.
Tidak lupa ucapan penghargaan kepada seniman jemputan Jo Branko dan Gerhana Skacinta yang turut hadir memeriahkan majlis dengan persembahan lagu lagu rock yang cukup mantap dan bertenaga.
Commenti