top of page

Anwar PM saksama: Masyarakat India nikmati pelbagai bantuan - Manivanan



Sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke -10 (PMX) pada November 2022, polisi baharu berkhidmat secara saksama kepada semua rakyat diperkenalkan.


Menurut Setiausaha Politik Pejabat Presiden KEADILAN, Manivanan Gowin, selama hampir 65 tahun semenjak merdeka rakyat disajikan dengan formula perkhidmatan atau pengagihan bantuan secara perkauman.


Namun formula parti tertentu menjaga kaum tertentu atau bantuan khusus diagih kepada kaum tertentu tidak lagi digunapakai oleh Anwar.


Bagaimanapun melalui formula saksama itu, kata Manivanan, agihan bantuan kepada masyarakat India tetap tidak berkurangan berbanding era PM sebelum ini.


"Anwar Ibrahim merupakan Perdana Menteri yang terbaik bagi Malaysia dan ianya terbukti bukan sahaja di tanah air tetapi juga di peringkat antarabangsa.


"Beliau juga merupakan Perdana Menteri yang terbaik bagi masyarakat India. Ini terbukti dengan pelbagai bantuan yang beliau salurkan kepada masyarakat India dengan mengunakan formula kesaksamaan dan bukan formula perkauman," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN itu lagi, tanpa menggunakan formula perkauman terbukti Anwar telah berjaya memberi bantuan yang lebih menyeluruh kepada semua lapisan rakyat, terutama masyarakat India.


Katanya, biar pun Anwar dituduh tidak begitu membela kaum minioriti hakikatnya beliau adalah satu satunya pemimpin yang mengetahui keperluan masyarakat India dan beriltizam untuk menyelesaikan masalah kaum itu.


"Hanya insan ini sahaja yang mengetahui dan memahami situasi masyarakat India walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cemuhan dan kritikan rasis daripada pihak pembangkang, tetapi beliau masih berani dan gagah mara ke depan untuk membantu semua lapisan masyarakat.


"Ikhtisar daripada segala bantuan yang disalurkan dan diagihkan setakat ini, khususnya kepada masyarakat India, membuktikan Anwar merupakan Perdana Menteri yang terbaik bagi Malaysia termasuk masyarakat India," katanya lagi.


Manivanan turut menyenaraikan bantuan bantuan yang telah disediakan kepada masyarakat India, sama ada secara khusus atau umum dalam tempoh kurang dua tahun Kerajaan Perpaduan memerintah:


1. Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India - Belanjawan Madani 2024 memperuntukan dana untuk MITRA bagi program pembangunan sosioekonomi masyarakat India - RM 100 juta.


2. Pembangunan Wanita India - Dana Khas Pemerkasaan Wanita India (PENN) untuk memperkasakan usahawan wanita India - RM 50 juta.


3. Pembangunan Usahawan India - Program Khas 'SPUMI Goes Big' untuk memperkasakan usahawan PMKS - SME - MIKRO dalam pelbagai sektor termasuk kontrak kecil, pertanian, peruncitan, perkhidmatan dan perniagaan online - RM 60 juta.


4. Pembangunan Infra Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) - RM 20 juta diperuntukan kepada Sekolah Tamil dan RM 10 juta untuk membantu hal berkaitan perolehan tanah untuk pembinaan SJKT serta urusan berkaitan yang belum selesai - RM 30 juta.


5. Pembangunan Kemahiran Belia India - Geran Latihan bagi pelaksanaan Malaysian Indians Skills Initiative (MISI) - RM 30 juta.


6. Pembangunan Mahasiswa India - Geran kepada Universiti AIMST bagi membantu pembangunan infrastruktur dan biasiswa kepada mahasiswa dan mahasiswi India - RM 25 juta.


7. Pembangunan Kesusasteraan Tamil - Geran untuk pembangunan pendidikan dan kesusasteraan Tamil di Universiti Malaya - RM 5 juta.


8. Pembangunan Pendidikan India - Bantuan khas kepada Kolej Tafe untuk membantu pelajar India - RM 2 juta.


9. Bantuan Awal Persekolahan - Bantuan kepada semua pelajar India seramai 455021 pelajar - RM 68,253,150 juta.


10. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) - Setakat Fasa 2.0, sumbangan kepada 623375 penerima India - RM474,168,150 juta


11. Sumbangan Asas Rahmah (SARA) - sumbangan kepada 33123 penerima India - RM 34,118,400 juta


12. Bantuan Kebajikan Masyarakat - sumbangan kepada 58653 penerima India - RM 275,978,964 juta.


0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page