top of page

Anwar: PM perlu beri penjelasan, BNM kelirukan rakyat

Oleh: Omar Zin


Presiden Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya memberikan penjelasan terhadap kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai moratorium yang dianggap mengelirukan rakyat.


Katanya, kerajaan seharusnya meringankan beban rakyat sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bukannya menambahkan lagi kebimbangan rakyat yang sudah cukup runsing dengan masalah kewangan dan sumber pendapatan masing-masing ketika ini.


"Sepatutnya hari ini kita raikan Hari Pekerja, tapi dalam keadaan sekarang ini, ada yang kehilangan kerja, ada yang terpaksa menerima gaji yang rendah, masalah hak pekerja, masalah lambakan pekerja asing dan pengangguran.


"Ketika ini juga timbul soal pusingan-U, pemimpin tidak konsisten dan rakyat marah dengan pengumuman BNM, tiba-tiba kena bayar pula interest pinjaman kepada bank dan yang mengejutkan, ia turut melibatkan bank yang islamik.


"Ini memerlukan penjelasan daripada Perdana Menteri, bukan sahaja daripada BNM," katanya dalam sesi webinar ekonomi hari ini.


Kata Anwar, rakyat mahu melihat satu polisi yang konsisten dan bukannya diubah-ubah mengikut kepentingan sesetengah pihak.


"Polisi kena konsisten, tak boleh asyik flip-flop. Nanti PM pasti akan kata dia akan selesaikan perkara ini, tapi apa yang berlaku ini mencerminkan kegagalan sistem negara, kerajaan tidak sepatutnya memburukkan lagi keadaan.


"Sebab itu perlu buat perbincangan dengan semua pemimpin politik termasuk pembangkang, supaya polisi yang dibentuk akan menjadi lebih efektif," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page