
Ketidakstabilan politik Malaysia boleh diperbaiki dengan melantik calon yang berwibawa sebagai Perdana Menteri ke 9.
Menurut Ketua Cabang KEADILAN Tanjong Karang, Yahya Sahri, Datuk Seri Anwar merupakan calon paling berkemampuan dan dijangka mampu memulihkan kembali ekonomi berdasarkan pengalaman beliau sebagai Menteri Kewangan sepanjang 1992 - 1998
Malah, katanya, Pengerusi Pakatan Harapan itu juga telah menyiapkan 'exit plan' dalam menangani Covid 19.
"Ketidaktentuan politik dan kegagalan mengurus bencana merupakan punca utama pelabur keluar dari Malaysia. Ini memberi kesan yang tidak baik kepada ekonomi dan kita juga akan terjerumus sekali lagi dalam krisis seperti tahun 1998.
"Ditambah pula, Ahli Parlimen Pagoh telah hilang majoriti. Ini adalah kerana kegagalan kerajaan yang diterajui oleh Perikatan Nasional bersama Umno dan beberapa parti lain telah gagal dalam mengurus krisis pandemik Covid-19 secara baik dan berkesan.
"Justeru, Keadilan Tanjong Karang ingin menyatakan pendirian jelas dan tegas menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke 9 kerana ketokohan dan pengalaman beliau amat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia yang kita cintai," katanya.
Bagi Yahya, sejarah Anwar yang sejak belia merupakan seorang pemimpin mahasiswa dunia, berkarisma yang disanjung tinggi dan seterusnya mendaki tangga politik sehingga pernah memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sehinggalah dipenjarakan adalah pengalaman yang amat diperlukan untuk memulihkan negara.
"Dengan pengalaman yang ada, kami yakin beliau mampu membentuk kerajaan yang inklusif, adil dan progresif di mana setiap parti akan dilayani secara adil.
"Kami juga yakin beliau kekal komited terhadap aspirasi dan amanat rakyat untuk membawa negara ke arah yang lebih baik dari segenap sudut ekonomi, politik dan sosial.
"Masanya telah tiba untuk beliau mengambil alih cabaran dan memberi tumpuan terhadap tindakan menangani penularan Covid-19," katanya.
Sembang tak jatuhhh.....