Hanya beberapa jam selepas pengumuman Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat sebagai Perdana Menteri ke 10 hari ini nilai mawatang ringgit yang berlegar sekitar RM4.60 untuk AS$1 (USD) hari ini meningkat kepada RM4.495 per AS$ 1 pada sebelah petang.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil, pasaran saham juga kukuh pada sesi dagangan sebelah petang dengan indeks untung mengatasi rugi ketika pasaran ditutup.
"Nilai matawang Ringgit naik ke RM4.495 berbanding USD, tertinggi sejak 6 Sep 2022.
"FMB KLCI pada paras 1,501.88, tertinggi sejak 22 Ogos 2022
"Petanda keyakinan kembali
"InshaAllah berkat doa dan usaha, things will get better," kata Fahmi di twitter.
Comments