top of page

Anwar pertikai speaker halang pembangkang tanya soalan


Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak tindakan speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun kerana sering mengganggu perbahasan Parlimen.


Speaker yang dilihat tidak melayan beberapa ahli parlimen pembangkang daripada bertanyakan soalan kepada Menteri Perumahan Kerajaan dan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengundang kemarahan Anwar.


"Saya tidak setuju apabila pendirian speaker itu cukup keras hingga ahli parlimen nak bersuara hal-hal yang menjadi kontroversi, bagi kami 2 minit itu begitu penting.


"Tolong fikir, tempat ini bukan untuk dengar sahaja tapi berbahas tapi kalau speaker berkeras tak ada kelonggaran 5 minit pun, apa nak jadi," katanya di Dewan Rakyat.


Beliau juga menganggap speaker sengaja menghalang ahli parlimen daripada bertanyakan soalan-soalan penting.


"Berapa orang nak cakap pun tak boleh, bagi ruang kita bercakap, speaker selalu sebut faham tapi sebenarnya tak faham, apa yang perbahasan tamat, orang tak boleh bangun tak boleh soal apa yang tamat.


"Saya tak setuju speaker ambil sikap terlalu keras menghalang ahli yang berhormat membangkitkan isu penting.


"Saya bantah sikap speaker sebab isu yang nak dibangkitkan penting, biar bagi ruang kepada menteri menjawab, bagi 5 minit ekstra pun tak ada masalah.


"Sebab saya nampak speaker menghalang menteri sedangkan mereka bersedia jawab, bagi ruang dia jawab," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page