top of page

Anwar persoal tindakan PN naikkan peruntukan untuk lantikan politik


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan peningkatan peruntukan yang luar biasa iaitu sebanyak RM181.4 juta kepada kakitangan kontrak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).


Beliau berkata, peningkatan itu hanyalah untuk lantikan politik oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN).


"Saya ingin tahu butiran terperinci berhubung dengan program khusus dan emolumen kakitangan kontrak sebanyak RM200 juta bagi tahun 2021.


"Peningkatan RM181.4 juta berbanding tahun sebelumnya. Ini untuk pegawai kontrak politik di bawah Jabatan Perdana Menteri.


"Dalam keadaan kita uar-uarkan ini adalah kerajaan prihatin tentang Covid-19, saya nak tanya apa hubungan RM181 juta ini dengan derita rakyat miskin yang menganggur yang sekarang menuntut pertimbangan dan perhatian kerajaan hari ini," katanya di Dewan Rakyat.


Anwar turut meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang menjawab soalannya.


Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Redzuan Md Yusof hanya tampil memperbetulkan angka sebenar peruntukan iaitu sebanyak RM108.4 juta, bukan RM181.4 juta.


Dalam pada itu, Anwar turut mempersoalkan peruntukan kepada duta-duta khas di bawah JPM yang dianggap sia-sia kerana peranan duta itu boleh dilakukan oleh Kementerian Luar.


"Tidak setimpal dengan membayar upah kepada jawatan yang tidak berkesan. Dalam Covid-19 ini, duta-duta khas ini ke mana mereka pergi? Semua di Kuala Lumpur," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page