top of page

Anwar Perdana Menteri Malaysia ke 10

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 24, 2022
  • 1 min read

ree

Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim sah akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10.


Pengumuman Yang di-Pertuan Agong tersebut dimaklumkan dalam kenyataan media Istana Negara sebaik sahaja selesai Perbincangan Khas Raja raja Melayu di Istana Negara pagi tadi.


"Setelah memperhalusi titah pandangan Duli Duli Yang Maha Mulia Raja raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) Perlembagaan Persekutuan," kata kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Ahmad Fadli Shamsudin.


Dengan itu majlis angkat sumpah PM ke 10 dijangka akan diadakan pada petang ini di Istana Negara.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page