top of page

Anwar: Penugasan sementara Menteri di NRES proses pentadbiran biasa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 12
  • 1 min read

ree

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penugasan sementara Datuk Seri Johari Ghani sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bukanlah kerana kerajaan ketandusan calon yang layak.


Beliau menjelaskan, langkah melantik Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi untuk menguruskan NRES serta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk melaksanakan tugas Menteri Ekonomi, adalah sebahagian daripada proses pentadbiran biasa bagi memastikan kelangsungan operasi kementerian sementara menunggu pelantikan menteri baharu.


"Sekarang ini kita minta Amir Hamzah dan Johari Ghani jalankan tugas. Kementerian masih berjalan dengan baik dan tiada keperluan untuk terburu-buru.


"Tetapi untuk kata kita ketandusan calon, itu tidak tepat. Pembangkang jangan gopoh beri persepsi yang tidak betul," katanya dipetik.


Untuk rekod, kekosongan portfolio Menteri Ekonomi berlaku susulan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli pada 17 Jun lalu, manakala Nik Nazmi Nik Ahmad melepaskan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa 4 Julai lepas.


Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas semalam turut memaklumkan bahawa Johari telah diberikan tanggungjawab rasmi menguruskan NRES berkuatkuasa serta-merta, sementara Amir Hamzah menjalankan tugas sebagai Menteri Ekonomi sejak Jun.


Sementara itu Anwar turut menegaskan bahawa tidak timbul soal kekeliruan berhubung pemilihan kedua-dua menteri itu untuk memikul tanggungjawab interim.


"Ini (hanya) menjalankan tugas... kalau ada ahli parlimen pembangkang pun tak faham perkara asas ini, susahlah," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page