top of page

Anwar - Pengerusi Yayasan Nippon bincang masa hadapan ASEAN

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
May 18, 2022
1 min read


Masa hadapan ASEAN menjadi tajuk perbincangan kunjungan hormat Tan Sri Yohei Sasakawa, Pengerusi Yayasan Nippon ke pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Gasing, Petaling Jaya, semalam.


Menurut Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia itu, kunjungan Yohei Sasakawa bersama rakan-rakan delegasi beliau amat bermakna dalam membincangkan isu isu ekonomi serantau.


"Semasa mesyuarat itu kami membincangkan masa depan ASEAN termasuk cabarannya yang berterusan dan mendesak.


"Kami sepenuh hati bersetuju ASEAN mesti menjadi sebuah badan serantau yang tegas dengan penyelarasan yang kukuh di kalangan pemimpinnya berdasarkan nilai-nilai yang ditetapkan dalam Piagam ASEAN.


"ASEAN juga mesti menegaskan semula keperluan untuk menjalankan penglibatan berterusan dengan negara lain di rantau Asia yang lebih luas seperti Jepun," katanya.


Tegas Anwar, hubungan Malaysia - Jepun bukan sahaja setakat pertukaran teknologi tetapi juga meluas membabitkan pertukaran budaya.


Hal itu katanya, telah dilanjutkan buat sekian lama sejak merdeka dan sangat baik untuk masa depan keamanan di rantau Pasifik.


"Saya berikrar sokongan saya untuk usaha masa depan yang berorientasikan menegakkan keamanan serantau," kata Anwar lagi.



Yohei Sasakawa menerima cenderamatan dari DS Anwar

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page