top of page

Anwar, pemimpin Islam ke-11 paling berpengaruh



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan sebagai pemimpin dan ahli politik Islam ke-11 paling berpengaruh dalam dunia.


Senarai itu dikeluarkan menerusi edisi terbaru 'The Muslim 500: The World’s 500 most influential Muslim 2024'.


Menurut risalah tersebut, pemilihan dibuat berdasarkan pelbagai bidang termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik serta melakukan perubahan yang memberi impak kepada dunia Islam atau penganutnya.


Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu secara peribadi pula diiktiraf di kedudukan ke-17 dalam kategori individu Islam paling berpengaruh dalam dunia.


Sementara itu, Ahli Cendekiawan Islam, Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang banyak memberi sumbangan dalam bidang falsafah dan teologi Islam pula disenaraikan pada tangga ke-25.


Pada tahun 2022, Anwar berada di kedudukan ke-22 daripada 500 individu dalam kategori pemimpin dan ahli politik Muslim paling berpengaruh.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page