top of page

Anwar mulakan lawatan ke Jepun, tekankan kerjasama keamanan global

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Perbincangan serius PM Anwar dan delegasi Malaysia bersama Nippon Foundation di  Jepun
Perbincangan serius PM Anwar dan delegasi Malaysia bersama Nippon Foundation di Jepun

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan hari pertama lawatan rasmi ke Jepun dengan mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Nippon Foundation, Yohei Sasakawa.


Menurut Anwar, pertemuan itu memberi ruang untuk mengimbau hubungan kerjasama yang telah lama terjalin, termasuk penglibatan dalam Forum 2000 yang diasaskan oleh bekas Presiden Republik Czech, Václav Havel.


"Kami sempat menghimbau sejarah panjang kerjasama yang terjalin sejak sekian lama, termasuk menerusi Forum 2000 yang diasaskan oleh bekas Presiden Czech, Václav Havel, yang menghimpunkan pemimpin, cendekiawan dan pemikir dunia untuk membincangkan isu demokrasi, hak asasi manusia, keamanan dan masa depan peradaban sejagat," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurut beliau, pertemuan tersebut turut menyentuh usaha memperkasa generasi muda di Asia Tenggara melalui program pembangunan kepimpinan berteraskan gagasan Asian Renaissance.


Anwar bersama sahabat lama Pengerusi Nippon Foundation, Yohei Sasakawa
Anwar bersama sahabat lama Pengerusi Nippon Foundation, Yohei Sasakawa

"Kami turut mengenang usaha memperkasa generasi muda Asia Tenggara menerusi pelbagai program pembangunan kepimpinan yang berpaksikan gagasan Asian Renaissance, bagi melahirkan pemimpin yang berakar pada nilai, budaya dan kemanusiaan," ujar beliau.


Anwar turut merakamkan penghargaan terhadap sumbangan besar Sasakawa dalam bidang kemanusiaan di peringkat global.


"Saya zahirkan penghargaan atas sumbangan besar Tan Sri Sasakawa kepada usaha kemanusiaan di seluruh dunia sejak sekian lama," katanya lagi.


Dalam pada itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa antarabangsa, termasuk situasi di Myanmar, konflik melibatkan Israel dan Iran serta krisis kemanusiaan berterusan di Palestin.


"Usaha keamanan harus terus disokong pimpinan dunia serta masyarakat antarabangsa. Keamanan yang berkekalan hanya dapat dicapai melalui dialog, persefahaman dan komitmen bersama untuk menegakkan keadilan," tegas beliau.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page