top of page

Anwar mulakan lawatan 2 hari ke Thailand




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan 2 hari ke Thailand.


Beliau selamat tiba petang ini di Bangkok dan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Thailand, Don Pramudwinai di lapangan terbang.


"Tiba di Bangkok, Thailand bersama Azizah dan para delegasi Malaysia untuk lawatan rasmi selama dua hari.


"Ketibaan saya disambut Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Luar Negeri Thailand, Don Pramudwinai dan delegasi.


"Saya mengharapkan lawatan ini akan memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama Malaysia-Thailand," katanya di Facebook.


DS Anwar disambut Timbalan Perdana Menteri Thailand

Turut serta dalam lawatan berkenaan adalah Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Diraja Zambry Abd Kadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.


Lawatan tersebut adalah yang keempat dilakukan dalam kalangan negara ASEAN selepas berkunjung ke Indonesia, Singapura dan Brunei sebelum ini.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page