top of page

Anwar mohon maaf terpaksa duduk di meja rasmi



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada rakan rakan dan penduduk Cherok Tok Kun kerana beliau terpaksa duduk di meja rasmi yang disediakan dalam lawatan ke sana malam tadi.


Hal itu katanya tidak biasa berlaku kerana ketika beliau belum menjadi PM biasanya beliau memilih untuk duduk bersama penduduk kampung dan bergurau senda dengan mereka.


"Ini kali pertama (selepas 24 tahun) saya ada meja rasmi dalam majlis di Cherok Tok Kun. Sebelum ini saya datang sini saya suka duduk dengan orang kampung dan orang awam.


"Duduk dengan orang ramai selalu menjadi pilihan saya. Boleh sembang, tanya khabar, gurau senda dan sebagainya. Sebab saya rapat dengan mereka.


"Tetapi sebagai Perdana Menteri saya juga perlu mematuhi peraturan keselamatan. Mereka (pegawai keselamatan) juga ada tugas mereka.


"Jadi saya mohon maaf kepada rakyat kerana tidak boleh duduk dekat dengan mereka," kata dipetik dalam Majlis Kenduri Rakyat di Cherok Tok Kun.


Bagaimanapun, kata Anwar, beliau meminta Kerajaan Negeri dan agensi yang berkaitan memberi sedikit kelonggaran untuk menyantuni rakyat di tempat kelahirannya itu.


Turut hadir, isterinya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Menteri, Chow Kon Yeow; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek; Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim dan Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying.


DS Anwar berbual mesra bertemu sahabat lama berjuang dalam ABIM

Sebelum itu, Anwar menziarahi sahabat lamanya bekas Yang DiPertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Pulau Pinang yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Datuk Mohammed Yussof Abd Latiff di Kampung Banggol, Kepala Batas.


Anwar meluangkan waktu setengah jam berbual dengan Yussof yang menghidap penyakit angin ahmar.


Yussof dipetik TV3 amat gembira dengan kunjungan Anwar dan berharap PM akan berjaya memimpin negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page