Anwar minta tarikh debat dengan Najib diperincikan



Debat ulung antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mantan Perdana Menteri Najib Razak perlu dilaksanakan sesegera mungkin dan liputan yang sebaik mungkin.


Sehubungan itu, Datuk Seri Anwar telah mengarahkan Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil untuk berhubung dengan pegawai Najib bagi menyelaraskan tarikh dan masa bagi sesi debat yang menyentuh isu penyelemamatan (bail out) syarikat Sapura Energy Berhad itu, sebagaimana yang telah dipersetujui.


"Saya telah meminta Ahli Parlimen Lembah Pantai, saudara Fahmi Fadzil untuk menyelaras serta memperincikan dengan pihak Datuk Seri Najib Razak berhubung tarikh dan masa sesi debat khas soal negara dan Sapura," katanya.


Anwar juga mahu liputan media dilakukan sebagaimana debat beliau pada 2008 lalu yang disiarkan di stesen televisyen arus perdana negara.


"Beliau (Fahmi) juga telah diminta berbincang dengan pihak media terkait liputan penganjuran debat tersebut yang bagi saya harus disiarkan secara meluas," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER