top of page

Anwar meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Petaling Jaya

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 14, 2022
  • 1 min read

ree

Sambutan Tahun Baharu Cina di Petaling Jaya malan tadi dimeriahkan dengan kehadiran Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Anwar, beliau hadir bersama Menteri Besar Selangor dan rakan rakan DAP dan Amanah.


"Malam ini saya hadir ke sebuah majlis meraikan kedatangan Tahun Baru Cina di Petaling Jaya bersama rakan-rakan dari masyarakat Cina. Turut hadir Menteri Besar dan kawan-kawan dari Amanah dan DAP.


Dalam ucapan, saya tekankan bahawa kesatuan kita ini ada keupayaan untuk melonjak kembali ekonomi negara dengan menarik pelaburan luar.


Kita harus fokus dan tumpukan segala usaha agar negara-negara besar dapat kembali melabur di negara kita.

Semoga negara ini terus aman dan kesepaduan diperteguh," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page