Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sempena hari keputeraan baginda, pada hari ini.
Katanya, beliau bersama anggota serta penyokong KEADILAN mendoakan semoga Allah mengurniakan rahmat dan limpah kurniaNya Kebawah Duli Baginda dan Raja Permaisuri Agong.
"Patik bagi pihak KEADILAN mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Kebawah Duli Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
"Semoga baginda kekal qarar memerintah dengan adil dan saksama serta terus berada pada kedudukan paling tinggi dalam Perlembagaan negara, seiring fungsi institusi diraja sebagai pelindung agama Islam dan menjadi lambang perpaduan dan kesejahteraan semua kaum di negara Malaysia yang tercinta.
"Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada institusi raja berperlembagaan," katanya dalam satu perutusan.
Comentarios